Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Menampilkan Dua Mouseketeer Baru, Club Mickey Mouse Musim 4 Akan Ditayang 28 Julai Ini!

Zulaikha Yusof 23/07/2021 | 13:20 MYT
Disney+ Hotstar mengumumkan tayangan perdana eksklusif bagi terbitan aksi langsung Original, Club Mickey Mouse Musim 4 di platformnya bermula 28 Julai 2021.
Musim baharu dinanti-nantikan ini terdiri daripada 13 episod, yang menyajikan tema dan muzik yang asli lagi unik, dengan lebih keseronokan, tarian, lagu, permainan dan aksi akrobatik berbanding musim sebelumnya!
Episod-episod baharu akan disiarkan sekali seminggu pada setiap Rabu bermula 28 Julai 2021, dengan episod terakhir pada 20 Oktober 2021.
Musim baharu ini menyaksikan penyertaan Eric Lau Lofstedt, 22, personaliti media sosial dan pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, sebagai Ketua Mouseketeer baharu, serta penampilan Melynna Rose, 14, dari Disney Wizards of Warna Walk buat julung kali sebagai Mouseketeer paling muda.
Mereka akan disertai lima Mouseketeer asal iaitu Wafiy yang gila-gila, Erissa yang sentiasa teruja, Gabriel yang suka bergurau senda, Faiz yang menawan, serta Ellya yang penuh bersemangat.
Musim 4 turut memaparkan barisan kru berbakat yang diketuai Penerbit Eksekutif, Lina Tan, yang menerajui penerbitan berkenaan menerusi gandingan dengan pengarah pemenang anugerah, Shamyl Othman, serta Pengarah Muzik yang kembali beraksi, Audi Mok, yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah Anugerah Industri Muzik (AIM).
Lebih menarik, musim baharu ini turut membawakan penampilan khas tetamu dari barisan selebriti baharu, terdiri daripada pelakon Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly dan Alyssa Dezek; Angkasawan Malaysia Dr Faiz Khaleed; genius matematik Yaashwin Sarawanan; penyanyi Sarah Suhairi; De Fam; penyelam Olimpik Cheong Jun Hoong dan influencer Cupcake Aisyah.
Di samping itu, sebuah siri Internet pendek bertajuk It’s Game Time akan dilancarkan seiring musim baharu ini.
Sembilan ‘webisode’ pendek bakal disiarkan menerusi laman Instagram dan YouTube Club Mickey Mouse, yang akan menyaksikan ahli-ahli Mouseketeers berentap dalam pelbagai cabaran mengujakan!
Club Mickey Mouse juga akan mengujakan para peminat dengan tayangan perdana YouTube eksklusif bertajuk Club Mickey Mouse Fan Fest pada 24 Julai 2021, jam 4 petang bagi membolehkan peminat bertentang mata dan berborak-borak dengan ahli-ahli Mouseketeer secara maya.
Menurut Ketua Mouseketeer, Eric Lau Lofstedt berkata peminat Club Mickey Mouse bakal mengalami satu pengembaraan yang menakjubkan!
"Musim 4 bukan sahaja akan kembali dengan semua ciri hebat asal, tetapi dengan lebih lagu dan muzik asli, koreografi tarian baharu, satu ‘webisode’ eksklusif serta lebih banyak lagi ‘backflip’!
"Saya telah melihat dengan mata sendiri bakat serta dedikasi semua artis dan kru yang menyertai musim ini. Semoga peminat kami, tidak kira lama mahupun baru, dapat berseronok, belajar, menyanyi dan menari bersama kami," katanya.
Club Mickey Mouse telah menghiburkan kanak-kanak dari generasi ke generasi dengan barisan muzik, komedi, permainan serta penampilan tetamu selebriti. Musim 1 hingga 3 kini kini tersedia untuk penstriman di Disney+ Hotstar, manakala episod-episod baharu Musim 4 akan disiarkan setiap minggu.
Pengguna boleh melanggan Disney+ Hotstar menerusi DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android atau iOS untuk menikmati penstriman dengan RM54.90* selama tiga bulan.
Di samping itu, pelanggan Astro Movies Pack boleh mengaktifkan manfaat istimewa mereka di astro.com.my/Disney dan mula menikmati rancangan kegemaran mereka di Disney+ Hotstar. Pakej khas dengan Disney+ Hotstar juga tersedia untuk pelanggan Astro lain di astro.com.my/Disney.
Ikuti laman YouTube DisneyPlus Hotstar Malaysia bagi menikmati tayangan perdana siaran langsung ini!
#Club Mickey Mouse #28 Julai 2021 #Musim 4
;