Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

Amri Hassan 29/10/2024 | 03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.

BERITA TRENDING: Bekas Ratu Cantik Negara Syukur Menang Kes Saman Bapa Mentua Yang Juga Tokoh ASWAJA - “Hanya Allah Yang Tahu Betapa Sakitnya Di Tangan Mereka”

Menerusi hantaran di Instagram, Shakila yang enggan memberitahu lokasi semasanya itu mengakui tempoh beberapa minggu ini sangat memenatkan.
"Goodbye is always the hardest, but sometimes it’s the right thing to do. Especially when you know enough is enough and it’s time for you to focus on your mind, soul and heart.
"I will be away for some time until my heart heals and my mind is clear so that I can come back stronger.
"I won’t deny this past few weeks have been quite rough, with so many things happening one after another.

"Akhir kata saya membuat keputusan untuk membawa diri dan berhijrah ke tempat lain bagi memulihkan minda, hati dan jiwa saya," maklumnya yang kini telah tiba di destinasi pilihannya.

Dalam pada itu, Shakila akan memutuskan hubungan komunikasi di media sosialnya termasuk aplikasi WhatsApp agar keberadaannya tidak dapat dikesan.
"Sometimes you just gotta do what you gotta do even if it means stepping out of your comfort zone and being alone in a new environment for sometime.
"I have safely arrived at my destination and I won’t be available on all of my social media including WhatsApp, my data will also be turned off for time being so that nobody could reach me or know about my whereabouts thus I can finally focus on myself and give myself the love I deserve. Goodbye for now," tambahnya.

BERITA TRENDING: Kalah Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka ‘Tabung’ Kutip Sumbangan - "Kesemuanya RM65,000"

Perkongsian itu sedikit sebanyak mengundang rasa risau dan khuatir peminat akan keselamatannya. Malah, ada yang mendoakan agar Shakila dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.
Terdahulu, Shakila memanjatkan rasa syukur apabila mahkamah memberi kemenangan terhadapnya berhubung saman bekas mentuanya yang juga tokoh ASWAJA, Engku Fadzil.
Engku Fadzil memulakan saman terhadap Shakila Saiful di Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah kausa fitnah.
Engku Fadzil mengatakan Shakila telah memfitnahnya di media sosial tentang pengguguran kandungannya. Engku Fadzil turut mendakwa Shakila mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.
Mahkamah mendapati Engku Fadzil gagal membuktikan kes dan perlu membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Shakila.
Kes saman kedua adalah saman balas Shakila berkenaan kausa penipuan/salahnyataan. Shakila mendakwa Engku Fadzil melalui Engku Fakhruddin (bekas suami) telah membuat representasi salah dan/atau penipuan apabila meyakinkan Shakila untuk menggugurkan kandungannya dengan mengatakan Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan menggugurkan kandungan tersebut.
Mahkamah mendapati Shakila berjaya membuktikan kes terhadap Engku Fadzil dan Engku Fakhruddin. Kedua-dua mereka perlu membayar gantirugi sebanyak RM80,000 kepada Shakila.
Pada tahun lalu, Shakila membuat pendedahan mendakwa dirinya ditipu dalam perkahwinannya selepas mengaku pernah menggugurkan janin kembarnya yang ketika itu berusia sebulan di dalam perut hasil persetubuhan luar nikah.
Dedah Shakila, dia melakukan perbuatan itu selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya (gugurkan kandungan).
Dia dan suami berkahwin pada 22 Mei 2022 sebagai janji menggugurkan janin itu.
Mengulas lanjut, Shakila memberitahu, selepas enam bulan berkahwin, dia telah mengalami keguguran (kandungan selepas nikah).
#Kahwin #cerai #Hamil #saman #Mahkamah #Gugur #Menang #Bapa Mentua #Fatwa #Engku Fadzil #Shakila Saiful #Aswaja
;