Laman Utama

Menangis Anak Kena Prank Dengan Nabila Huda, Ingat Marah Betul-Betul Rupanya Siap Ada Hadiah Birthday

Mya Amri
03/06/2021
02:24 MYT
Sponsor Banner
Menangis Anak Kena Prank Dengan Nabila Huda, Ingat Marah Betul-Betul Rupanya Siap Ada Hadiah Birthday
Anak kepada pelakon Nabila Huda, Keisha Laila tidak dapat menahan sebak selepas menerima kejutan hari jadi daripada ibu kesayangannya.
Nabila berkongsi momen berharga itu menerusi video pendek yang merakamkan Keisha menangis selepas mendapat hadiah yang diidamkan selama ini.
Bagaimanapun sebelum memberikan hadiah tersebut, Nabila telah melakukan ‘prank’ kepada Keisha dengan memarahinya kerana tidak cukup pantas membuat kerja yang disuruh.
Keisha sebagai anak akur dan menundukkan wajah sedihnya sambil mendengar ‘bebelan’ ibunya.
Namun segalanya berubah selepas Nabila menyuruh anaknya membuka sebuah kotak dan sebaik sahaja memegang barang tersebut, Keisha terus memeluk ibunya dan menangis.
“Sebenarnya awal tahun ini kalau tak silap Keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan.
“Abil penah cerita sebelum ini saya memang takkan spend beli barang untuk Keisha kalau dia nak, dia kena usaha. Jadi dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi atau pun keluarga kami dan duit gaji dia setiap dia teman mummy pergi kerja jadi pembantu.
“Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul. Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sebab nak beli ipad.
“Paling terbaharu dia cakap dia dah kumpul dalam tabung RM450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa Keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha!
“I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil. Tak pernah dia merengek nak something dari kecik.
“Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11.
“Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je.
“Then masa quarantine tu saya decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu , You just got punked!” coretnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar