Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan

Gempak 14/07/2024 | 07:55 MYT
Perkongsian pelakon Abby Abadi mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini

Bekas Teman Lelaki Marissa

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang jejaka dipercayai bekas teman lelaki anak perempuannya, Marissa Dania.

Video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan lelaki yang bernama Danish kelihatan segan silu dirakam oleh Abby ketika menghadiri sebuah majlis.
Lebih menarik, sosok tubuh Marissa Dania turut kelihatan dalam video tersebut apabila duduk di belakang Danish.

Menantu Dalam Mimpi

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen Abby apabila menganggap Danish adalah menantunya dalam mimpi.

“Menantu dalam mimpi Mama,” tulis Abby.

Malah, Abby juga turut menyifatkan Danish adalah seorang yang baik, beradab dan menghormati orang tua.

“Anak yang baik. Penuh adab dan sangat menghormati orang tua.

“Sayang Danish dan adik beradiknya semua sekali. Jaga diri ya.

“Semoga segala impian Danish menjadi kenyataan,” coret Abby lagi.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada aktor Norman Hakim itu turut memohon maaf kepada Danish.
“Minta maaf andai ada salah silap Mama, Abah, Papa, Mummy semua ya. Ada rezeki jumpa lagi,” tutup Abby sebak.

Netizen Cakap Handsome

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Abby tersebut.

Rata-ratanya menyifatkan Danish mempunyai rupa paras yang kacak malah ada juga yang beranggapan Danish persis selebriti Korea.
Netizen juga turut berseloroh bahawa suami Marissa iaitu Ahmad Aslam akan tersinggung dengan perkongsian Abby itu.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - "Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang"

#Abby Abadi #Marissa Dania #Aslam #danish #Bekas teman lelaki
;