Laman Utama
Menarik Hari Ini: Isu Menyusu Kak KM, Jamal, Kaka, Syamel Kongsi Tarikh Anak Bersama, Tauke & Lokap
Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja hari Selasa sudah pun mahu melabuhkan tirai.
Sebelum itu, apa kata kita intai apa cerita menarik hari ini ya.
#1. Isu Menyusu Kak KM
Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM seakan tidak peduli tentang kecaman dan teguran selepas aksinya menyusukan anak di tempat awam tanpa ‘nursing cover’ menjadi perdebatan ramai.
Menjawab soalan tersebut, Kak KM berkata ketika menyusukan Cinta dia tidak mendedahkan bahagian payudaranya itu.
#2. Liza Hanim Mohon Jaga Adab Wanita
Penyanyi, Liza Hanim terpanggil memberikan pandangan terhadap seorang usahawan kontroversi yang tular kerana tindakannya menyusukan anak ditempat awam tanpa menutup bahagian dadanya.
Menurut Liza perkara itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya usahawan tersebut sepatutnya menjaga kehormatan sebagai seorang wanita dan juga ibu.
#3. Datuk Jamal, Syamel Dan Kaka kongsi tarikh lahir anak bersama
Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran anak kelimanya, Iskandar Rayyan Yamani
Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pukul 10.14 pagi tadi.
Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tarikh 22 Februari 2022, 12.05 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
#4. Alamak buat apa pun DSV tetap dibenci netizen?
Usahawan kosmetik yang juga Presiden Netizen untuk program Big Stage 2022 Datuk Seri Vida terus menjadi kecaman netizen.
BACA: "Apa Lagi Salah Saya" - DSV Hairan Buat Macam Mana Pun Masih Dibenci? Depan Nampak Happy Tapi...
Semuanya gara-gara keterbukaannya untuk memberi komen dan pandangan terhadap peserta Big Stage pada konsert minggu lalu.
#5. Tauke cerita pengelaman di lokap
Pelawak Tauke akui pengalamannya berada di dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos lalu merupakan detik hitam paling buruk dalam hidupnya.
Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia walau bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah SWT.