Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Ini 5 Tips Pencegahan Tulang Rapuh!
Pernah atau tidak, anda semua merasai sakit di bahagian tulang atau sendi? Jika pernah, itu adalah tanda-tanda awal mengalami masalah tulang rapuh.
Lakukan Senaman Berimpak dan Kekuatan Otot
Aktiviti fizikal seperti ini sebenarnya dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dengan memberi tekanan serta rangsangan kepada tulang.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mendaki, sertai kelas yoga dan pilates.
Nutrisi seperti salmon, dan sayuran berdaun hijau dapat membantu memenuhi keperluan ini.
Aktiviti-aktiviti ini membantu mencegah osteoporosis serta meningkatkan ketumpatan tulang, jisim otot, dan fleksibiliti sendi.
Elakkan Pengambilan Alkohol dan Merokok Berlebihan
Seterusnya, pengambilan alkohol dan merokok dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif yang serius terhadap kesihatan tulang.
Hal ini kerana, alkohol boleh mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam badan dengan mengganggu proses metabolisme yang penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tulang. Apabila kadar kalsium berkurangan, tulang akan menjadi lebih rapuh.
Pastikan Berat Badan Sihat
Tahukah anda, berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan tulang terutama sekali berat badan yang terlalu rendah, sering dikaitkan dengan kepadatan tulang yang rendah kerana kurangnya lemak tubuh dan otot yang menyokong rangka.
Selain itu, berat badan yang terlalu rendah menjadi salah satu punca masalah tulang rapuh, kekurangan lemak badan boleh mengganggu hormon yang penting untuk mengekalkan kepadatan tulang, seperti estrogen, terutamanya pada kaum wanita.
Pelan pemakanan harian yang seimbang adalah penting untuk menjaga kekuatan tulang, sendi, dan otot.
Dengan memilih makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, dan nutrien lain seperti magnesium, kalium, dan omega-3, tubuh badan kita akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif.
Antara pelan sajian makanan yang boleh korang cuba lakukan dirumah adalah:
Sarapan: Nikmati telur hancur bersama bayam, yang kaya dengan magnesium dan vitamin K, dihidangkan bersama roti bijirin penuh. Lengkapkan hidangan dengan segelas susu Anlene yang tinggi kalsium, vitamin D, dan protein.
Makan Tengah Hari: Santapan sihat dengan salmon panggang yang mengandungi omega-3 dan vitamin D, quinoa sebagai sumber protein dan magnesium, serta sayur-sayuran panggang yang penuh dengan vitamin dan mineral.
Snek Petang: Pilihan ringkas seperti sebiji pisang yang kaya dengan kalium dan segenggam badam yang membekalkan kalsium serta magnesium.
Makan Malam: Dada ayam sebagai sumber protein utama, dihidangkan bersama ubi keledek yang kaya dengan vitamin A dan kalium. Tambahkan salad sisi dengan kale dan minyak zaitun yang mempunyai sifat anti-radang.
Sebelum Tidur: Minum segelas lagi susu Anlene untuk memastikan tubuh mendapat kalsium, vitamin D, dan protein yang mencukupi sebelum berehat.
Dengan pelan pemakanan ini, korang boleh menjaga kesihatan tulang, sendi, dan otot dengan lebih baik
Amalkan Diet Tinggi Kalsium dan Vitamin D
Untuk pencegahan awal masalah tulang rapuh ini adalah, kita perlu mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D kerana ia sangat penting untuk kesihatan tulang.
Antara kebaikannya adalah kalsium adalah mineral utama untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang, manakala vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik dalam badan.
Pengambilan susu, yogurt, keju, ikan berlemak seperti salmon, dan sayuran berdaun hijau dapat membantu memenuhi keperluan ini.