Hiburan
Mengadu Sakit Perut, Peminat Doakan Anak Aidid Marcello Segera Sembuh
Personaliti TV popular, Aidid Marcello mendedahkan anak keduanya, Muhammad Iman seorang yang kuat walaupun dalam kesakitan.
Namun begitu, Aidid menyatakan kali ini Iman tidak dapat menahan lalu mengadu mengalami sakit perut yang melampau (apendik).
Sebagai seorang ayah, Aidid berharap tiada perkara yang serius berlaku serta mengharapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya.
"Man down man down!! Dugaan Ramadan.
"@imanmarcello ni anak aku yang paling tahan sakit. Tapi kali ni dia terpaksa mengadu memang sakit perut.
"Harap takda apa yang serius. Doakan yang baik-baik ok.
"Kalau warded orang yang jaga kat hospital boleh makan kan?" tulisnya.
Luahan ini dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Aidid mendoakan semoga Iman kembali sihat seperti biasa.
Aidid dan isteri, Norzie Pak Wan Chik telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.