Laman Utama

Mengalami Reaksi Anafilaksis Ketika Jalani Prosedur Lumbar, Ras Adiba Masih Dirawat Di ICU

Izwan Isa
22/09/2022
04:20 MYT
Sponsor Banner
Mengalami Reaksi Anafilaksis Ketika Jalani Prosedur Lumbar, Ras Adiba Masih Dirawat Di ICU
Senator Datuk Ras Adiba Radzi masih lagi berada Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu kota selepas menjalani prosedur lumbar baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagramnya, difahamkan tiada tetamu dibenarkan untuk datang melawat beliau buat masa ini.
“Senator Ras Adiba masih dirawat selepas menjalani prosedur lumbar dengan jayanya. Beliau kemudian mengalami reaksi anafilaksis. Beliau kini berada di ICU selama dua hari dan dijaga dengan rapi oleh kakitangan KPJ Group.
“Suaminya, Azam, ibu bapa, adik-beradik, anak-anak dan mentuanya mengucapkan terima kasih atas doa dan ingatan semua.
“Namun, atas nasihat doktor, dia tetamu dibenarkan untuk menziarahi beliau ketika ini. Justeru, kata-kata semangat atau bunga bolehlah dihantar terus ke Wisma Bernama. Moga kalian dirahmati,” tulis kapsyen berkenaan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengutuskan doa agar Ras Adiba kembali sembuh seperti sedia kala.
Ada juga yang memberikan kata-kata semangat supaya diberi kekuatan dan ketabahan menjalani ujian Allah SWT.
Pada 19 September lalu, Ras Adibah memuat naik sekeping foto yang membayangkan dia berada di hospital.
Menerusi ruangan caption, Ras Adiba menulis: “Officer down.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar