Laman Utama

“Mengandung Ke Musim Panas Ni” - Neymar Makin Boroi, Peminat Dah Tak Senang Duduk!

Hanafis Haris
12/08/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
“Mengandung Ke Musim Panas Ni” - Neymar Makin Boroi, Peminat Dah Tak Senang Duduk!

Apa sudah jadi? Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bintang bola sepak juga penyerang prolifik, Neymar.

Semuanya gara-gara pertambahan berat badan yang agak mendadak oleh pemain pasukan Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Neymar kini menjadi bahan jenaka dalam kalangan peminat di media sosial apabila beberapa gambar menampakkan perutnya yang agak ‘boroi’ itu tular.

Malah, ada juga netizen yang menggelarkan Neymar kini mengandung ketika musim panas.

“Apa sudah jadi dengan Neymar, berat badan naik macam mana nak kejar bola”

“Mengandung ke musim panas ni”

“Hope Neymar beraksi untuk liga kali ni,” tulis beberapa netizen.

Apapun, keadaan fizikal Neymar yang berubah sejak awal Ogos menimbulkan kerisauan apabila aksi Ligue 1 sudah pun bermula.

Pasukan PSG telah pun menewaskan Estac Troyes 2-1 Ahad lepas.

Sekadar info, sebelum ini, rakan sepasukan Neymar di Brazil, Willian turut mengalami isu berat badan hingga mendapat banyak kecaman ramai pihak.

Gambar : Twitter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar