Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Mengigil Sebelum Koma, Juara Tinju Maut Digigit Lipan Raksasa

Mya Amri 11/10/2020 | 10:15 MYT
Bekas juara tinju Thailand, Dokmaipa Por Pongsawang, 52, dilaporkan maut selepas dipercayai digigit seekor lipan gergasi, lapor Awani.
Menurut anak perempuannya Jiraporn Moonkaset, ayahnya digigit haiwan tersebut pada kaki kiri.
Selepas terkena gigitan itu, mendiang dikatakan tidak mendapat rawatan perubatan menyebabkannya keadaan menjadi semakin parah sehingga menggigil sebelum koma.
Menurutnya, Dokmaipa turut menghidap penyakit diabetes yang menjadi penyumbang kepada komplikasi tersebut.
Dalam pada itu, Pengarah Hospital Kalasin, Pramuan Thaingamsilp berkata, mendiang meninggal kerana jangkitan darah yang teruk.
Dokmaipa menjadi petinju Muay Thai ketika berusia sembilan tahun dan pernah memenangi kejuaraan selain mendapat jolokan 'Powerful Southpaw'.
Mendiang bagaimanapun bersara dari sukan seni pertahanan itu pada tahun 1996 dan menjadi jurulatih di Macau.
Selepas itu, mendiang kembali ke Thailand dan bekerja sebagai pekerja perbandaran di Kalasin.
Pengebumiannya akan diadakan di kampung halamannya, di daerah Saelapoom di Roi Et.
Sumber: Astro Awani
#Peninju Maut
;