Laman Utama

Meninggal Dunia Pada Usia 23 Tahun, Kematian Pelakon Indonesia Marco Panari Masih Misteri

Maliah Surip
01/02/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Meninggal Dunia Pada Usia 23 Tahun, Kematian Pelakon Indonesia Marco Panari Masih Misteri
Dunia seni Indonesia menerima khabar mengejutkan selepas seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik dilaporkan meninggal dunia.
Pelakon tersebut adalah Marco Panari yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 23 tahun pada Sabtu (30 Januari 2021).
Pihak pengurusannya, Bentuk Management kemudian mengeluarkan kenyataan sebaik berita kematian Marco tersebar.
Melalui laporan Kompas, pelakon yang juga adik kepada artis Angela Gilsha itu meninggal secara mengejut.
Pemain sinetron Dia Bukan Manusia ini pada mulanya dikatakan berada di kediaman seorang kawan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.25 malam waktu tempatan.
"Dia tidak ada sebarang penyakit, tapi di tiba di hospital memang sudah disahkan meninggal dunia," kata Agung, wakil pihak pengurusan.
Agung juga menolak artis dibawah naugan mereka itu meninggal dunia kerana dijangkiti COVID 19.
Namun dia mengatakan hasil dignosis doktor, kematian lelaki kacukan Itali ini kerana tersedak.
Meski demikian, Agung meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi dan menunggu keputusan hasil penyelidikan daripada pihak polis kelak.
"Dia dari rumah temannya. Doktor kata tersedak. Tapi kita tunggu laporan lanjut dari polis ya," katanya.
Jenazah Marco kemudian dikebumikan di Bali, kerana dia berasal dari Denpasar di pulau peranginan terkenal dunia itu.
Instagram: @marc0panari
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar