Berita

Meniti Karier Bersama Wonder Girls Sejak Remaja, Sunmi Dedah Alami Kecelaruan Personaliti

Maliah Surip
17/12/2020
09:58 MYT
Sponsor Banner
Meniti Karier Bersama Wonder Girls Sejak Remaja, Sunmi Dedah Alami Kecelaruan Personaliti
Salah seorang mantan anggota Wonder Girls menjadi tetamu dalam episod terkini Running Mates yang tayang di Mnet pada Rabu, 16 Disember 2020.
Dalam program yang turut dihadiri oleh Hani dari EXID, YooA (Oh My Girls), Chung Ha dan Chuu (LOONA), mereka saling berbicara mengenai karier dan kehidupan.
Sunmi kemudian berbicara mengenai tidak salah untuk mereka mengambil waktu berehat setelah penat bekerja dengan tekanan yang agak luar biasa.
Dia mengaku, waktu rehat terbaik yang pernah diperolehnya adalah setelah meninggalkan grup Wonder Girl. Bagaimanapun keputusannya itu membawa kebaikan buatnya pada hari ini.
"Saya meninggalkan Wonder Girl untuk berehat. Itu adalah masa yang sangat sukar buat saya. Hati saya hancur dan badan terasa sakit.
"Saya membuat kemunculan secara solo dan kembali menyertai Wonder Girls. Namun saya berfikir jika saya tidak menyelamatkan diri sendiri pada waktu itu, maka ia akan memakan diri saya," kata Sunmi seperti dilaporkan AllKPop.
Penyanyi yang kini berusia 28 tahun ini kemudian dengan berhati hati mendedahkan telah didignos memiliki Borderline Personality Disorder (BPD) atau kecelaruan identiti.
"Lima tahun lalu saya didignos memiliki BPD. Ini sangat menganggu, tetapi saya bersyukur kerana mendapatkan rawatan dengan segera dan boleh menolong diri pulih selepas mengambil ubat ubatan," akui Sunmi.
Walaupun sudah semakin pulih, Sunmi mengaku menghadapi banyak kekangan dan kepayahan kerana penyakitnya.
Dia juga mengatakan kebarangkalian mendapat BPD kerana menghabiskan masa mudanya dalam dunia hiburan yang banyak dengan tekanan yang tak diduga.
"Secara jujurnya, kami debut dalam usia yang sangat muda dan menjalani kehidupan sosial kerana pekerjaan sebagai penyanyi.
"Kami menghabiskan lebih banyak masa di dalam kereta berbanding melihat kepada diri sendiri.
"Sebab itu adalah penting untuk kita suka apa yang dilakukan dan apa yang terbaik untuk diri supaya emosi kita terjaga," katanya lagi.
Akui Sunmi, biar masih mendapatkan rawatan kerana kecelaruan identiti yang dihidapinya, namun dia sudah mula mengurangkan kadar pengambilan ubat.
"Saya berasa lebih sihat sekarang. Dan saya kuat. Iya, saya menjadi lebih kuat," tutupnya.
Sekadar informasi, BPD atau kecelaruan identiti adalah penyakit mental serius yang menganggu kestabilan karakter, emosi dan hubungan.
Kredit Foto: AllKPop, KnowKPop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar