Laman Utama

Menteri, Agensi Agama Bincang Isu Sajat & Ibu Yati

Amri Hassan
06/03/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
Menteri, Agensi Agama Bincang Isu Sajat & Ibu Yati
Kerajaan akan mengadakan pertemuan bersama beberapa jabatan terlibat bagi membincangkan isu agama Islam yang melanda negara ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri perbincangan pada Isnin ini turut melibatkan isu kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat dan juga Ibu Yati.
Menurut Zulkifli, pertemuan itu melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
“Sejujurnya bukan isu Sajat sahaja. Apa-apa isu yang terkait dengan agama Islam untuk kita tengok bagaimana kaedah terbaik penyelesaian ataupun cari solusi dalam pelbagai isu,” jelas Zulkifli.
Beliau berkata pihaknya memandang serius sebarang isu agama islam dan langkah proaktif perlu diambil agar isu itu dapat diselesaikan dengan telus.
Baru-baru ini, Sajat kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik kenyatan video mahu keluar dari Islam.
Sebelum ini juga Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Terdahulu, umat islam gempar dengan video tular memaparkan ritual pelik agama Melayu yang didakwa disebarkan oleh Ibu Yati.
Agama melayu itu dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik, serta menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab kononnya mereka membawa Islam Melayu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar