Laman Utama
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Senyap-Senyap Naik LRT Waktu Puncak, Rasai Bersesak Macam Orang Awam!
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menuai pujian dalam kalangan netizen apabila turun sendiri merasai pengalaman menaiki LRT Aliran Kelana Jaya pada petang semalam.
Anthony berbuat demikian ketika waktu puncak pada petang hari, ketika ramai warga kota berpusu-pusu mahu pulang ke rumah daripada pejabat masing-masing.
Menerusi kemas kini di Facebook, Anthony yang meluangkan masa selama dua jam hadir menaiki LRT secara senyap-senyap, tanpa memberitahu pihak Prasarana.
“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ Line semasa peak hour antara pukul 5 hingga 7 petang.
“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” katanya.
Dalam pada itu, Anthony menambah, dia bakal mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana bagi membincangkan hal-hal yang boleh ditambah baik terhadap perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata memberikan respons positif terhadap tindakan ‘mengejut’ Anthony itu.
“Terus turun padang macam rakyat. Terbaik.”
“Terima kasih YB. Akhirnya… setiap kali tren buat hal, frequency sekarang yang lebih lama dari biasa memang saya harap ada menteri yang turun padang terutama waktu peak hour. Merasa sendiri bagaimana berhimpitnya kami pagi dan petang.”
Tidak dinafikan, menteri rakyat terbaik yang sangat mengambil berat tentang bagaimana rakyat biasa bekerja dan menderita hari demi hari berulang-alik menggunakan perkhidmatan awam. Bangga dan tabik hormat YB. Terima kasih kerana menjaga rakyat.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!