Laman Utama

Menu Diet Atikah Suhaime Ikut Tekak Melayu! Love Sambal Petai & Salmon Kunyit

Mya Amri
23/08/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Menu Diet Atikah Suhaime Ikut Tekak Melayu! Love Sambal Petai & Salmon Kunyit
Setiap wanita pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan berat badan, begitu juga dengan pelakon Atikah Suhaime.
Pelbagai resipi diet yang boleh diikuti termasuklah makanan barat namun Atikah lebih gemar memilih menu yang mengikut cita rasa ‘tekak Melayu’.
Menu yang menjadi pilihan Atikah adalah Sambal Petai dan Salmon Kunyit, dimakan pula bersama dengan nasi putih, memang sedap.
Malah pengikut di media sosial Atikah juga bersetuju dengan hidangan itu namun mereka menyatakan lauk tersebut berkemungkinan membuatkan mereka menambah nasi.
“Saya kalau buat menu diet macam tu tak jadi diet, saya menambah nasi sakan. Fav lah makan macam tu dengan ulam-ulan sambal pedas pedas,” komen @Nursya Qiena
“Bukan menu diet kak... Itu menu bertambah-tambah nasi,” tulis @Aisyah
“Ini bukan menu diet, ini menu menambah berat badan haha Ya Allah makan macam ini pun sedap amat dah,” coret @Noramera
Dalam pada itu, Atikah juga tidak lokek ilmu dan berkongsi resipi masakannya itu.
Di bawah merupakan cara-cara untuk memasak hidangan tersebut:
@atikahsuhaimeeee Menu diet sambal petai! Enjoy #fyp #tiktokmalaysia #MiniFoodVlog ♬ original sound - TikaMe
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024