Hiburan
Menyanyi Sambil Belanja ‘Six Pax’, Rain Buat Peminat di BSMF Tak Keruan
Kemunculan penyanyi popular Korea, Rain di atas pentas Borneo Sonic Music Festival (BSMF) disambut dengan jeritan penuh semangat oleh peminat-peminat yang hadir.
Selepas hampir lima jam menanti, peminat akhirnya dapat menyaksikan gerak tari Rain yang lincah dan vokalnya yang mantap.
Namun apa yang membuatkan penonton tidak senang duduk apabila penyanyi itu mula "belanja" otot badannya ketika menyanyikan lagu La Song.
Aksi tersebut difahamkan merupakan aksi yang biasa dilakukan penyanyi tersebut ketika membuat persembahan.
Membuat kemunculan selama lebih 30 minit, Rain menyanyikan beberapa buah lagu popularnya di BSMF antaranya I Do, Gang, Its Raining dan 30 Sexy.
Selain Rain, penyanyi yang turut memeriahkan BSMF untuk hari pertama adalah Bunga Citra Lestari, Seobin, Thomas Hok, Priscilla Abby dan Youngjae.
Difahamkan untuk hari pertama, BSMF telah menerima kehadiran peminat muzik sebanyak 10,000
Untuk Info, Borneo Sonic Music Festival diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2024 di Stadium Sarawak, Kuching dan merupakan Festival muzik terbesar di Borneo.
Must-Watch Video