Hiburan

“Menyanyi Tunjuk Rasa Cinta, Cium Tangan, Bayangkan…” Netizen Cair, Hafiz Suip Dipuji Hargai Isteri

Mya Amri
11/02/2020
09:39 MYT
Sponsor Banner
“Menyanyi Tunjuk Rasa Cinta, Cium Tangan, Bayangkan…” Netizen Cair, Hafiz Suip Dipuji Hargai Isteri
Walaupun Anugerah Juara Lagu (AJL34) sudah melabuhkan tirai Ahad lalu namun pemenang bagi kategori vokal terbaik, Hafiz Suip masih lagi menjadi bualan ramai.
Ini kerana penyanyi bersuara merdu ini menampilkan isteri tersayang, Nureffy Jasreel Abdullah sebagai sebahagian daripada persembahan menerusi lagu Kisah Cinta Kita secara mengejut.
Lebih manis lagi apabila Hafiz telah mendendang lagu tersebut kepada isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua.
Hafiz kemudiannya menzahirkan kasih dan cintanya dengan mencium tangan Effy sambil tersenyum manis.
Momen romantik itu ternyata membuatkan netizen cair dan memuji Hafiz yang dilabel sebagai seorang suami yang sangat menghargai isterinya.
Rata-ratanya mendoakan pasangan ini kekal hingga hujung nyawa selain menyatakan Nureffy merupakan antara wanita bertuah kerana memiliki suami seperti Hafiz.
Terdahulu, Hafiz Suip berjaya merangkul trofi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Kisah Cinta Kita.
Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.
Foto: Instagram @kakifoto_
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar