Berita
"Merata Kita Merempat Dulu" - Mustaqim Bahadon Dedah Kisah Hidup Dalam Kereta, Mandi Di Stesen Minyak
Pelakon Mustaqim Bahadon mendedahkan bahawa dia pernah melalui detik kesukaran dalam hidup sehingga pernah kereta kesayangannya hampir ditarik pihak bank.
Bahkan, menurut Mustaqim, kenderaannya itu jugalah pernah menjadi 'rumah' buatnya untuk berlindung ketika cuba meneruskan kelangsungkan hidup sebagai seorang pelakon.
"Dulu, hang lah tempat berteduh aku. Hanglah katil aku. Hanglah rumah aku. Kita pernah tidur di tapak parkir mana-mana. Kita tidur di bawah pokok. Merata kita merempat dulu. Mandi di stesen minyak.
"Sampai pernah satu masa geng tarik kereta halang kita dua masa tengah tidur di tepi jalan. Merayu menangis masa tu aku tak bagi orang tarik. Moga Allah balas jasa abang tu, lepas dia tengok semua baju bantal dalam kereta," kongsinya di Instagram.
Dalam entri tersebut, Mustaqim turut memuat naik gambar dirinya bersama kenderaan yang disifatkan cukup banyak berjasa dalam hidupnya.
Bahkan, katanya, kereta yang diberi nama sebagai King itu sudah berkhidmat selama satu dekad sejak 2009 selain pernah berdepan episod dicuri sebelum dijumpai semula.
"Hang permudahkan aku cari rezeki sana sini. Aku masa tu buat berlakon ekstra. Ramai suruh aku berhenti berlakon dan balik kampung.
"Tapi aku ni keras kepala, aku tetap juga nak berlakon sebab ni minat aku, ni sahaja sumber rezeki aku. Aku kena berlakon sebab aku nak bela hang.
"Hang juga salah satu sebab aku masih berharap dalam berlakon dulu sebab aku nak selesaikan bayar hang di bank," coretnya.
Begitupun, menurut Mustaqim, kereta tersebut kini sudah bertukar tuan yang kini dijaga oleh ahli keluarganya yang lain.
Aku sayang hang weh my king! Ada juga orang tanya nak beli, nilai sentimental mana boleh jual. Sekarang ni hang dengan abang aku.
"Abang aku pun boleh tahan sentimental dia, memang kenalah hangpa dua. Aku cakap kat abang aku semalam aku nak balik kereta ni, dia tak bagi sebab dah sayang," ceritanya.
Saksikan drama lakonan Mustaqim Bahadon di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!