Laman Utama

“Mereka Nak Tapi Mungkin Terpengaruh” - Khairulaming Ajak Orang Ramai Banteras ‘Dakyah’ Anti Vaksin, Umur 90 Pun Selamat Cucuk La!

Hanafis Haris
27/05/2021
11:45 MYT
Sponsor Banner
“Mereka Nak Tapi Mungkin Terpengaruh” - Khairulaming Ajak Orang Ramai Banteras ‘Dakyah’ Anti Vaksin, Umur 90 Pun Selamat Cucuk La!

Menggunakan sepenuhnya pengaruh media sosial, Khairulaming tampil menyebarkan kesedaran pengambilan vaksin dalam kalangan warga emas.

Dengan sebanyak 3.2 juta pengikut di Instagram dan 796,500 di Twitter, selebriti media sosial ini mengambil pendekatan berkongsi gambar vaksinasi ibu bapa dan warga emas untuk tatapan umum.

Usaha itu dilakukan Khairulaming menerusi satu posting di Twitternya.

Menurutnya, jika ada ibu bapa yang masih tidak yakin mengambil vaksin, sila tunjukkan koleksi gambar tersebut.

"Saya dah reposted sebanyak mungkin gambar-gambar warga emas yang dah selamat ambil vaksin, termasuk yang berumur 90 lebih.

"Ada beratus lagi stories yang orang ramai dah tag tapi belum repost lagi," katanya.

Jelasnya, ibu bapa sebenarnya mahu pandemik ni berakhir, namun mungkin mereka telah terpengaruh dengan fahaman golongan anti-vaksin.

“Sebab itu saya compiled sebanyak mungkin gambar makcik pakcik at their age untuk yakinkan lagi mereka.

Please help me spread the message.This is a collective effort, kita semua kena all out buat sama-sama untuk sebarkan kesedaran,” katanya.

Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 25,600 kali dan menerima 22,000 likes.

Rata-rata netizen memuji usaha Khairulaming dan berharap ramai lagi ‘influencer’ tampil dengan kaedah sedemikian.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar