“Mereka Sangat Cantik Berdua, Rasa Seperti Tak Patut Cerai” - Abby Abadi Bukan Penyibuk Hal Fazura Fattah, Hanya Sekadar Luahan Perasaan
Pelakon, Abby Abadi menafikan dakwaan sengaja menarik perhatian atau ‘menunggang’ isu rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Memang rasa sedih, bukan propa
Sebaliknya kata Abby, dia hanya meluahkan rasa sedih melihat apa yang berlaku kepada pasangan itu kerana baginya Fazura dan Fattah kelihatan sangat sesuai apabila bersama.
“Demi Allah tak ada, tapi memang saya rasa sedih untuk mereka. Saya pun tak tahu kenapa sebab saya bukan berkawan pun dengan mereka.
“Tetapi saya kenal lah Fattah, pernah jumpa, begitu juga Fazura. Tapi maknanya saya memang sedih, saya rasa macam mereka tak patut cerai.
“Rasanya benda itu bukan saya sahaja yang rasa, ramai orang Malaysia pun turut sama-sama merasainya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sangat cantik berdua, rasa seperti tak patut cerai
Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia hanya menyatakan pendapat sekiranya rumah tangga pasangan itu dapat diperbaiki, adalah lebih baik diselamatkan terlebih dahulu.
“Saya rasa mereka itu sangat-sangat cantik berdua. Rasa macam tak patut bercerai. Apa yang berlaku kalau boleh diperbaiki, kalau boleh dipertahankan itu sahaja yang saya cakap.
“Tak ada pun nak masuk campur, saya tak adalah nak pergi rumah mereka kata mesti kena ikut cakap saya, tidaklah. Cuma saya hanya bagi pendapat saya sahaja.
“Ya saya sedih, saya rasa macam tak ada sebab mereka nak bergaduh. Saya rasa ramai pun mempunyai perasaan macam saya, itu sahaja.
“Kalau boleh saya tak nak mereka berpisah. Saya rasa mereka sudah sangat sangat ideal bila bersama. Tak ada pun niat nak campur ke apa, maknanya kalau berlaku sebaliknya saya tak tahulah nak kata,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…”
Abby sebelum ini mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memohon agar kedua-dua belah pihak memperbaiki kelemahan masing-masing bagi menyelamatkan hubungan rumah tangga yang dibina hampir tujuh tahun lalu.
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.