Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Mereka Untung Tetapi Saya Dapat Apa?” - Hafiz Hamidun Beri Sebab Trademark Nama Sendiri

Izwan Isa 08/11/2021 | 23:50 MYT
Penyanyi Hafiz Hamidun menyarankan kepada selebriti dan individu ternama supaya mendaftar nama sebagai tanda dagangan (trademark) bagi mengelakkan sebarang isu penyalahgunaan nama pada masa akan datang.
Hafiz memberitahu, isu eksploitasi nama ‘Hafiz Hamidun’ oleh sebuah gedung fabrik sekitar empat tahun lalu telah banyak memberi pengajaran kepada dirinya untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan hal-hal berkaitan hak milik dan penjagaan nama baik.
“Hal ini boleh menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana agar nama tidak digunakan sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.
“Saya bukannya nak kaya, tetapi risau kalau nama saya digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Hujung-hujung nama kita yang busuk. Mereka dapat untung tetapi saya dapat apa?” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Afghanistan di Kuala Lumpur petang tadi.
Hafiz Hamidun mengulas mengenai kes saman terhadap sebuah gedung fabrik tempatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran pada 2017.
BACA: Hafiz Hamidun Saman Gedung Fabrik Guna Namanya
Bagaimanapun proses mahkamah masih berlanjutan apabila pihak syarikat mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan pada tahun 2020. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian menolak rayuan tersebut dan kemenangan masih berpihak kepada Hafis
Dalam pada itu, Hafiz berkata, nasihat ini diberikan kepada rakan artis kerana enggan melihat ada pihak lain yang turut mengalami masalah yang sama dengannya.
“Saya tak naklah benda ni berlaku pada artis lain. Mana tahu, ada yang dah tekena tapi tidak ambil tindakan. Namun, apa pun terpulang pada kita.
“Selain itu, tindakan saman ini juga merupakan peringatan kepada syarikat lain untuk tidak menggunakan nama individu popular tanpa kebenaran.
“Benda boleh bawa bincang, dan saya pun senang untuk bekerjasama. Apa-apa boleh hubungi saya dan berbincang,” katanya lagi.
Mahkamah menetapkan 7 Disember depan bagi memutuskan nilai tuntutan kepada pihak berkenaan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Hafiz Hamidun #saman #Trademark #Baju #Fabrik #Kain
;