Hiburan

Meruntun Jiwa! Puisi Yuna Buat Ashraf Sinclair Buat Netizen Sebak

Azwa Rahman
21/02/2020
09:08 MYT
Sponsor Banner
Meruntun Jiwa! Puisi Yuna Buat Ashraf Sinclair Buat Netizen Sebak
Penyanyi Malaysia menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna mencipta sebuah puisi yang ditujukan untuk Allahyarham abang iparnya, Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Yuna berkongsi sekeping foto hitam putih ketika majlis perkahwinannya beserta puisi sayu tersebut untuk tatapan umum.
“Let the warm dusk replace the cold morning A sombre call to prayer to lead us home Let the clouds crawl And leaves fall And the sweet smell of rainwater on grass Eternalize our brother’s smile & good will Wrapped in an all-encompassing love that stands still With this love so true We send our leader of the pack Back to You,” tulis Yuna menerusi ruangan kapsyen.
Malah, Yuna turut memberikan penghargaan buat semua peminat yang mengirimkan ucapan takziah serta mendoakan Allahyarham Ashraf.
Di ruangan IG story, Yuna turut berkongsi beberapa momen indah sewaktu majlis perkahwinannya yang turut dihadiri oleh Ashraf, Bunga Citra Lestari dan Noah.
Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Yuna sekeluarga.
“Al-fatihah buat arwah Ashraf. Semoga seisi keluarga dikurniakan Allah kekuatan dan ketenangan. Salam takziah,” tulis pereka fesyen Hatta Dolmat.
“Allah yerhamo. Hati saya bersama awak Yuna. Semoga Allah memberikan keluarga awak kesabaran dan semoga kubur Ashraf dilapangkan dan diberikan cahaya,” ujar atlet lawan pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad.
“Baru nak tidur, tengok gambar ni nangis!” tulis seorang wargamaya lagi. Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada Selasa.
Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar