Berita
Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ucapan takziah
Menurut sumber, ia berkaitan ucapan takziah dikongsi Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran minggu lalu.
"Difahamkan, Perdana Menteri sendiri mahu mendengar penjelasan lanjut daripada Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosialnya itu," kata sumber kepada Astro AWANI, pada Isnin.
BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan
BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh
Fahmi berkata, pihaknya turut meminta Meta menjelaskan mengapa hanya hantaran kandungan yang dimuatnaik di akaun rasmi Facebook dan Instagram Perdana Menteri itu yang disasarkan mereka.
Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada
BERITA TRENDING: Isteri MK K-Clique Selamat Lahirkan Cahaya Mata
Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, turut disertakan dengan kapsyen 'Dangerous individuals and organisations.'
Instagram pula memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi 'simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya'.
Sumber: Awani