Berita

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-2

ZULHILMI JALIL
18/06/2020
22:53 MYT
Sponsor Banner
Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-2
Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya petang semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
"Salam...Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (semalam).
"Terima kasih atas doa kalian semua," tulisnya ringkas menerusi satu posting di Instagram Story miliknya malam tadi.
Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu.
Gempak masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada pasangan tersebut, namun belum menerima sebarang respons.
Semalam, menerusi satu status di Instagram Story, Mia turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya matanya.
Terdahulu, Mia mengakui dirinya hamil anak kedua selepas netizen mula membuat spekulasi apabila dia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain.
BACA: Tak Alami Alahan Teruk, Kandungan Kedua Mia Ahmad Dah Berusia 4 Bulan
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Saksikan drama lakonan Mia Ahmad di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar