Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Baru-baru ini tular video memperlihatkan seorang lelaki membawa anjing perliharaannya masuk ke kedai dobi sehingga mengundang kemarahan pengguna perkhidmatan di situ.
Pengarah Michael Ang menerusi status di Instastory miliknya turut menyuarakan pendapatnya mengenai penjagaan haiwan di tempat umum.
Jika diberi kuasa untuk membuat undang-undang, Michael berkata dia akan membuat larangan untuk semua jenis haiwan peliharaan untuk tidak berada di kawasan awam.
“Ok kalau I ada kuasa I akan buat law yang semua jenis binatang tak boleh bawa ke tempat awam, tempat makan dan mana-mana yang ada banyak manusia.
“Yang duduk kondo pula semua yang bawa apa jenis haiwan tak boleh pakai lift biasa, sila guna lift service. Sebab ia sangat tidak bersih untuk haiwan berada di beberapa tempat.
“Bukan semua pemilik haiwan reti jaga haiwan mereka. Ada punya busuk gila ok! Stress aku,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Michael turut menjelaskan dia tidak menentang haiwan namun mempunyai trauma disebabkan pernah digigit anjing perliharaan bapanya ketika masa kecil.
“I have nothing against animals just not into them getting near me. Phobia kot sebab masak kecil kena gigit dengan anjing ayah I!” katanya.