Berita

Michelle Yeoh Sah Bintangi Adi Wira Marvel Shang-Chi, Temui Penonton Julai 2021

ZULHILMI JALIL
13/12/2020
11:51 MYT
Sponsor Banner
Michelle Yeoh Sah Bintangi Adi Wira Marvel Shang-Chi, Temui Penonton Julai 2021
Aktres bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh membuat pengumuman rasmi mengesahkan dirinya akan membintangi filem adi wira Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings.
Penglibatannya itu menjadikan beliau sebagai pelakon tempatan pertama yang tampil dalam filem Marvel Cinematic Universe.
Berita itu dikongsikan bintang berusia 58 tahun itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Akhirnya, secara rasmi, saya akan menjadi sebahagian daripada Shang-Chi, filem adi wira Asia pertama.
"Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang sentiasa memastikan kami selamat ketika situasi sukar begini," katanya.
Dalam naskhah tersebut, Michelle akan memegang watak sebagai Jiang Nan.
Michelle turut menzahirkan keterujaannya untuk muncul bersama barisan pelakon lain yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
"Ia merupakan satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula bersama kawan-kawan lama, dan peluang untuk berjumpa kawan baru dan terinspirasi dengan bakat-bakat baru," katanya.
Selain Michelle filem itu nanti akan menampilkan Awkwafina sebagai Katy, Simu Liu (Shang-Chi), Tony Leung (Wenwu), Meng'er Zhang (Xialing), Ronny Chieng (Jon Jon), Fala Chen (Jiang Li) serta Florian Munteanu (Razor Fist).
Shang-Chi dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 9 Julai 2021.
Filem Shang-Chi mengisahkan tentang seorang pelatih seni mempertahankan diri yang cukup hebat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar