Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

Maliah Surip
19/11/2024
14:50 MYT
Sponsor Banner
Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Namun hakikatnya, aktres kelahiran Perak ini menyimpan satu perasaan yang disifatkan sebagai kesedihan terbesar dalam hidupnya.
Michelle, 62, mengaku sedih selepas mendapat tahu dirinya tidak boleh hamil sekaligus memiliki zuriat sendiri.
Menurut Michelle, kenyataan pahit itu sudah diketahui sejak tahun 1988 sewaktu beliau mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya, Dickson Poon.
Waktu itu beliau berada di lewat usia 20-an dan sempat mahu berhenti berlakon demi memberi fokus untuk membina keluarga.
Akui Michelle sepanjang lima tahun berkahwin dengan usahawan tersebut, beliau telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat namun tidak berhasil.
“Mungkin inilah (hamil) kesedihan terbesar saya. Saya tidak boleh melahirkan anak,” katanya seperti dilaporkan Yahoo.com.
Meski demikian pemenang Oscar tersebut tetap bersyukur kerana mempunyai kesempatan menjadi ibu ibu angkat kepada enam anak termasuk anak perempuan Poon.
Malah Michelle mengaku tidak pernah menyesal dan memberi komitmen terhadap ‘tugasnya’ sebagai ibu angkat kepada enam orang cahayamata yang terdiri daripada anak-anak saudaranya.
“Saya tidak menyesal dan menikmatinya dengan cara tersendiri. Kita perlu belajar untuk melepaskan,” katanya lagi.
Michelle kini bahagia bersama suaminya, Jean Todt dan menetap di Geneva, Switzerland.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar