Laman Utama
Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Buat pertama kalinya, pelakon Miera Leyana berkongsi foto wajah anaknya selepas setahun bersalin.
Sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama puteri sulungnya yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu, Miera, 29, berkongsi fotonya sekeluarga bersama suami Rosland Othman.
Serentak dengan itu, Miera turut memperkenalkan nama anaknya sebagai Rachel Aisyah.
“Hai permaisuri kecil, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.
“Saya tahu suatu hari nanti, kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami menjadi orang yang pertama bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu.
“Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah,” tulis Miera.
Miera berkongsi perkara berkenaan di satu hantaran dalam akaun Instagram miliknya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja melihat anaknya selepas sekian lama menunggu perkongsian itu dibuat.
Tidak ketinggalan, ramai juga yang mengucapkan selamat hari lahir buat Rachel.
Sekadar info, Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.