Hiburan
Mierul Aiman Puji Hun Haqeem Tak Lokek Kongsi Ilmu - "Dia Layak Menang Anugerah"
Pelakon Mierul Aiman memuji sikap pelakon kacak Hun Haqeem yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membimbing pelakon yang memerlukan bantuannya dalam bidang seni.
Jelas Mierul, 26, Hun merupakan pelakon yang sentiasa membumi dan berdedikasi dalam kerjanya.
“Saya pernah bekerja dengan Hun Haqeem.
“Dia adalah seorang pelakon yang sangat berdedikasi, seorang yang sangat tekun ketika bekerja, sentiasa berkongsi ilmu, sentiasa mendengar dan memberi pandangan,” kongsinya kepada Gempak.
Pernah terbabit menerusi drama Imam Instant, Ustazah Scammer, Mierul senang dengan aura yang Hun ketika di set penggambaran.
“Bila bekerja dengan dia, saya tidak rasa seperti bekerja kerana kami sentiasa belajar dari sekeliling kami,” jelasnya.
Malah, akui Mierul, Hun seharusnya layak memenangi anugerah hasil daripada kerja keras dan sikap positifnya.
“Untuk Hun Haqeem, awak layak untuk mendapat Anugerah Pelakon TV Popular,” katanya.