Laman Utama

Miliki Beg Tangan Emas Dior Harga RM161,000, Usahawan Ini Mengaku Beli Emas Setiap Minggu

Maliah Surip
30/03/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Miliki Beg Tangan Emas Dior Harga RM161,000, Usahawan Ini Mengaku Beli Emas Setiap Minggu
Seorang wanita yang dikenali sebagai Mira menjadi viral baru-baru ini selepas dia berkongsi mengenai pembelian seutas beg tangan dari jenama mewah Christian Dior.
Apa yang mecuri perhatian adalah, Mira yang juga seorang usahawan kosmetik dari Makkasar itu telah membeli beg tangan Dior yang diperbuat daripada emas.
Dan harga seutas beg tangan Dior kecil itu bukan calang-calang. Melalui resit pembelian yang dipamerkan, Mira menunjukkan harga beg tangan tersebut melebihi nilai RM161,00!
“Sudah ada banyak beg tangan biasa, tapi yang ini betul-betul emas,” katanya dalam perkongsian di TikTok itu.
Menurut laporan Detik.com, Mira mengaku sengaja mempamerkan aksinya membeli beg tangan mewah itu sebagai salah satu cara menunjukkan dirinya berjaya dalam bidang perniagaan yang dijalankan.
“Sebagai seorang usahawan saya memang suka tunjuk apa yang dibeli. Itu sebagai tanda saya berjaya dan mahu orang lain ikut tertarik untuk bergabung dengan perniagaan saya,” akuinya.
Tidak hanya itu, Mira mengaku dirinya memang hobi membeli emas.
Malah dia mendakwa akan membeli emas pada setiap minggu, khususnya pada hari Jumaat.
“Saya suka beli emas setiap hari Jumaat. Wang dihabiskan untuk membeli emas juga lumayan banyak,” akuinya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar