Laman Utama

Millendaru Mengaku Boleh Menyusukan Anak, Hanya Belum ‘Ganti’ Alat Kelamin

Maliah Surip
04/03/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Millendaru Mengaku Boleh Menyusukan Anak, Hanya Belum ‘Ganti’ Alat Kelamin
Seorang Influencer Indonesia, Millendaru atau Millen Cyrus memang selalu mencuri perhatian, sama seperti rakan seperjuangannya Lucinta Luna.
Millen Cyrus yang juga merupakan anak saudara Ashanty ini adalah seorang transgender.
Namun dalam satu artikel yang diterbitkan Insertlive baru-baru ini, Millen mengaku dia boleh menyusukan anak menerusi payudara ‘buatannya’.
“Nipple (puting) saya bisa keluar susu. Ini saya tidak pernah kongsikan di mana-manapun," ungkap Millendaru dalam tayangan YouTube Nexera Entertainment seperti dilaporkan portal tersebut.
Dia mendakwa doktor mengatakan payudaranya boleh mengeluarkan susu kerana pengaruh hormon. Hal itu sekaligus memberi indikasi operasi pembedahan payudara yang dilakukan berhasil.
“Cuma saya perlu makan hormon. Kalau makan banyak boleh keluarkan susu. Susu yang warnanya memang putih, saya telah periksa dengan doktor,” dakwanya lagi.
Lantaran itu dia mengaku dirinya boleh menyusui anak orang.
“Dengan susu yang saya ada, saya boleh menyusui anak orang,” katanya.
Meski payudaranya ‘berfungsi dengan baik’, Millen masih enggan menukar jantina alat kelamin lelakinya kepada perempuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar