Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Mimi Lana Sokong Gerakan Blockout 2024 - “Tapi Jangan Buat Isu Ini Sampai Kita Berpecah Belah”

Asyikin Mayudin 18/05/2024 | 02:55 MYT
Sejak beberapa minggu lalu, laman sosial kecoh dengan gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.

Sokong Gerakan Blockout 2024

Pelakon Mimi Lana turut menyokong gerakan tersebut sekiranya ia dapat memberi tekanan kepada jenama-jenama yang sememangnya menyokong Israel.

“Benda ini dah berlaku lama (Blockout 2024) dan saya menyedari tentang Blockout 2024. Saya rasa, rakyat Malaysia pun menyedari isu ini. Kita semua orang juga berpihak kepada Palestin.

“Saya sokong 100 peratus, kalau benda ini dapat membantu dan memberi tekanan kepada jenama yang terang-terangan beri sokongan kepada Israel,” katanya kepada Gempak.

Gerakan Blockout bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang berlangsung di New York pada 6 Mei lalu bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti yang tidak bersuara mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Israel.

Berharap Semua Bersatu

Bagaimanapun pelakon drama Astro Originals, Framed ini berharap seluruh rakyat Malaysia bersatu untuk bersama-sama membantu menyuarakan mengenai kekejaman Zionist.

“Tapi kita jangan buat isu ini sampai kita berpecah belah. KIta kena tahu misi kita apa, kenapa kita buat benda ini. Kita kena bersatu, sama-sama untuk tolong mereka,

“Kita tahu, mereka memerlukan suara-suara kita. Jadi, bersatu la… sama-sama la ke arah yang betul,” ujarnya.

Mimi ditemui ketika malam gala filem The Experts di TGV Cinema, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts.

Filem aksi heist, The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara.

Filem arahan pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.

Sinopsis

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu.

Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?

BERITA TRENDING: Netizen Dah Mula ‘Unblock’ Daiyan Trisha Lepas Berani Batal Kontrak Lebih Awal Dengan Jenama Pro-Israel

BERITA TRENDING: Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”

#Israel #Palestin #Mimi Lana #Zionist #Blockout 2024 #Senarai blockout 2024
;