Laman Utama

"Mimpi Ngeri Jadi Kenyataan" – Tiada Simptom, Anak Lelaki Trump Positif COVID-19

Mya Amri
15/10/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
"Mimpi Ngeri Jadi Kenyataan" – Tiada Simptom, Anak Lelaki Trump Positif COVID-19
Isteri Presiden Amerika Syarikat Melania Trump mendedahkan bahawa anak mereka Barron Trump disahkan positif COVID-19.
Melania memberikan kenyataan dalam bentuk cerotan menerusi satu esei berjudul My Personal Experience With COVID-19 yang disiarkan di laman web rasmi White House semalam (14 Oktober 2020).
Menurut bekas supermodel itu, Barron, 14 tahun disahkan positif selepas dia dan suami dijangkiti virus berkenaan.
"Seperti sedia maklum, dua minggu lalu saya disahkan positif Covid-19. Lebih menyedihkan, suami saya dan juga ketua komander negara kita juga turut positif.
“Secara tidak langsung saya terus terfikirkan tentang anak saya. Pada awalnya keputusan ujian Barron yang menunjukkan negatif memberikan sedikit kelegaan buat saya.
“Bagaimanapun mimpi ngeri bertukar menjadi kenyataan apabila selepas menjalani ujian sekali lagi, keputusan tersebut menunjukkan positif,” kongsinya.
Tambahnya lagi, anak lelaki kesayangannya itu juga tidak menunjukkan sebarang simptom.
“Mujurlah dia seorang remaja yang kuat dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Dari satu segi, saya berasa syukur kerana kami bertiga menjalankan ujian pada masa yang sama.
“Jadi dapatlah kami menjaga antara satu sama lain dan meluangkan masa bersama-sama,” kongsinya.
Terdahulu, Melania dan Trump disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 2 Oktober lalu dan kini dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya.
Sumber: Whitehouse.gov
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar