Laman Utama
Minho Belajar Ambil Gambar Dengan Jurugambar Profesional Demi Mendalami Watak Dalam The Fabulous
Penyanyi dan pelakon dari Korea, Choi Minho mendedahkan yang dia sanggup mempelajari teknik fotografi demi mendalami karakter yang di galas dalam siri terbaharu The Fabulous.
Anggota kumpulan K-Pop SHINee itu memegang watak sebagai Ji Woo Min, seorang jurugambar profesional industri fesyen.
"Saya belajar fotografi untuk drama ini dan kerana saya selalunya berada di depan kamera sepanjang waktu.
“Saya selesa di depan kamera tetapi berada di belakang kamera juga cukup bagus sebab saya ada banyak masa untuk mengambil gambar… justeru saya sangat teruja untuk memegang watak ini," ujar Minho.
Minho berkata demikian dalam sidang media virtual The Fabulous yang berlangsung pada Rabu.
Dalam menyediakan diri untuk watak itu, Minho mempelajari teknik fotografi daripada jurugambar dalam usaha menunjukkan pelbagai emosi dalam karakternya yang diharapkan turut dirasai penonton.
“Emosi sangat penting dalam menterjemahkan karakter saya ini. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk belajar sendiri teknik mengambil gambar daripada jurugambar profesional,” katanya lagi.
The Fabulous sudah boleh distrim bermula 23 Disember di Netflix. Drama ini berkisar tentang impian, cinta, dan persahabatan empat orang yang disatukan oleh rasa cinta mereka pada dunia fesyen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.