Laman Utama
“Minta Jauh Laki Macam Ni, Cakap Lembut Tapi Sebenarnya Kaki Pukul!” – Drama Bukan Syurga Pilihan Baru Start Tapi Ramai Dah Sakit Hati
Walaupun baru sahaja bermula namun drama adaptasi novel yang ditayangkan menerusi slot Tiara di Astro Prima berjudul Bukan Syurga Pilihan ini berjaya membuatkan netizen sakit hati.
Lakonan mantap Fezrul Khan sebagai Zaid sebagai seorang yang kaki pukul dan Tihani Zahira yang dimainkan oleh Nadiya Nisaa ternyata menghidupkan lagi karakter tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, rata-ratanya meluahkan kata-kata kecaman dan geram dengan sikap Zaid yang sering menganggu Tihani antaranya:
“Ingat dengan kata-kata manis boleh beli jiwa Tihani tu ke Zaid, kaki pukul ada hati nak minta get back #BukanSyurgaPilihan,”
“Minta jauh lah dapat laki macam si Zaid ni. Cakap lemah lembut tapi sebenarnya,”
“Zaid ni perangai teruk betul, bagi makan penampar baru tahu!”
Bukan Syurga Pilihan merupakan arahan pertama pelakon Ungku Ismail Aziz yang diadaptasi daripada novel berjudul Gantung oleh AH Clans.
Selain Ungku Ismail, drama ini juga dibintangi pelakon hebat seperti Nadiya Nisaa, Fezrul Khan, Aishah Ilias dan Azizah Mahzan.
Jadi apa agaknya yang berlaku dalam episode seterusnya?
Saksikan Bukan Syurga Pilihan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
#Nadiya Nisaa
#Fezrul Khan
#Astro Prima
#Drama
#Ungku Ismail
#Kaki Pukul
#Adaptasi Novel
#Bukan Syurga Pilihan