Laman Utama
"Minta Maaf La Bonda Against Mainstream": Prof Muhaya Mohon Maaf Lepas Dikritik Suruh Pesakit Anxiety Berhenti Makan Ubat
Nama Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, pakar bedah mata itu mendapat perhatian wargamaya selepas memuat naik sebuah video yang berkaitan dengan masalah anxiety.
"Apa beza takut dengan anxiety? Semalam bonda (Prof Muhaya) periksa mata pesakit, 'prof sebenarnya saya anxiety'. Saya makan ubat.
"Minta maaf la bonda against mainstream, berhenti makan ubat. Jangan percaya," katanya.
Kenyataan Prof Muhaya itu telah mendapat tentangan dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata warganet memohon agar Prof Muhaya tidak memukul rata kerana tidak semua pesakit anxiety mengalami situasi yang sama.
Malah, ada segelintir netizen berpendapat agar Prof Muhaya tidak mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana dilihat agak bercanggah.
Dalam video ini, doktor pakar mata ini menyuruh semua orang yang ada anxiety supaya “berhenti makan ubat dan jangan ikut cakap doktor.”Kemudian dia promosi positiviti toksik pula.Kita semua kena tahu limitasi kepakaran kita.Janganlah pukul rata & jadi “pakar semua bidang.” https://t.co/c8MaJHfbJU pic.twitter.com/EGpR1iYSUc— Akif Basri (@akif_basri) January 20, 2021
From this vid, I believe she misunderstood anxiety & the disorder. Regardless, toxic positivity is never the best way to treat yourselves when you're facing negative emotions. Putting them aside would make the situation worse.Proof? Here's a person with an inhumane perspective. https://t.co/c8NwhQedan— Faris Nazrin (@FarisNazrin18) January 20, 2021
Kenapa dia tak apply nasihat yang sama dekat patients dia? Saya boleh nampak. Saya tak perlukan lasik. Saya tak rabun. Saya tak ada sakit mata. Saya tak perlu pakai specs. Saya ada vision 2020. Saya boleh melihat masa depan. https://t.co/1uzxudEg9A— ? (@arlinabanana) January 20, 2021
Walaubagaimanapun, video yang dimuat naik di Instagram (IG) itu telah dipadam selepas mencetus kontroversi.Mengucap panjang saya menonton video insta seorang influencer yang juga academician berstatus professor yang memberi komen tentang seorang pesakit anxiety dengan statement:"Stop the medication! Jangan percaya!"— Dr Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) January 20, 2021
Hari ini, Prof Muhaya tampil memohon maaf secara siaran langsung (live) kepada semua pihak yang terlibat dalam merawat mental pesakit.
"Secara siaran langsung, Bonda nak minta maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam rawatan mental pesakit secara profesional. Mungkin kenyataan Bonda itu a bit generalized.
"Saya pakar mata tapi saya komen tentang bahagian jiwa. Itu adalah kesilapan saya, saya minta maaf secara peribadi. Mungkin video itu bonda ada sifat terlampau yakin, sombong agaknya, pandai sangat, bajet bagus, maaf.
"Bonda suka sangat ini terjadi sebab kita boleh praktik apa yang kita ajar selama ni. Bila perkara ini terjadi, ada tiga perkara kita kena buat. Bertaubat, minta maaf dan memaafkan," katanya.
Twitter: @akif_basri, @DrRozanizam, @FarisNazrin18 & @arlinabanana
Must-Watch Video