Laman Utama
Minum Darah Pasangan, Telan Uri Sendiri & Makan Tanah Liat, Ini Senarai Selebriti Yang Berselera Pelik
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila pelakon seksi, Megan Fox mengakui ‘minum’ darah pasangannya, penyanyi rap Machine Gun Kelly (MGK). Tidak hanya itu, menurut pelakon filem transformers itu, MGK turut menjamah titisan darahnya bagi tujuan ritual.
"Jadi, saya rasa untuk minum darah satu sama lain mungkin mengelirukan orang atau orang membayangkan kita minum darah seperti dalam Game of Thrones" kata aktres, 35, kepada majalah Glamor.
Pelik, tetapi itulah hakikat. Selain Megan, berikut merupakan lima selebriti yang mempunyai selera pelik dan gemar menjamu makanan yang aneh serta eksentrik.
Kourtney Kardashian - Uri (Plasenta)
Sejak melahirkan anak kedua, selebriti popular, Kourtney Kardashian banyak bercakap tentang kebaikan memakan plasenta sendiri selepas bersalin. Sungguhpun Kourtney pernah bergurau dengan keluarganya dengan mengaku menikmati plasenta sebenar menerusi program Keeping Up With The Kardashian, namun, secara realitinya, Kourtney mengambil plasenta dalam bentuk kapsul.
Shailene Woodley - Tanah liat
Pelakon yang popular menerusi filem Divergent, Shailene Woodley memberitahu yang dia makan tanah liat bagi mendapatkan manfaat detoks. “Tanah liat mengikat bahan lain dalam badan dan membantu anda mengeluarkan bahan-bahan yang tidak baik untuk tubuh,” katanya sewaktu menjadi tetamu The David Letterman Show.
Nicolas Cage - Haiwan yang bersetubuh dengan cara bermaruah
Ini lagi pelik. Pelakon Nicolas Cage mendedahkan yang dia begitu menyayangi haiwan dan tidak mempunyai masalah untuk menjadikan sebahagian haiwan sebagai hidangan. "Saya sebenarnya memilih cara saya makan mengikut cara haiwan melakukan hubungan seks. Saya rasa ikan sangat bermaruah dengan seks. Begitu juga burung. Tetapi babi, tidak begitu bermaruah. Jadi saya tidak makan daging babi atau sebagainya. Saya makan ikan dan ayam,” katanya kepada Telegraph.
Yolanda Hadid - Susu kambing
Ibu kepada model popular, Gigi dan Bella Hadid mendedahkan yang dia sering menikmati susu kambing sebagai snek harian. Yolanda yang juga seorang model ketika masih mudah dan penyokong pengambilan makanan semula jadi berkata kepada Harper’s Bazaar yang dia gemar minum susu kambing yang dipanaskan bersama buah pelaga dan madu kerana sifat minuman tersebut yang mudah dihadam.
Gwyneth Paltrow - Kumur mulut dengan minyak kelapa
Pelakon berbakat besar, Gwyneth Paltrow tidak mencuci mulut seperti orang lain. Setiap pagi, pengasas Goop ini akan memulakan rutin harianya dengan berkumur-kumur menggunakan minyak kelapa tulen. Menurut Gwyneth kepada Harper’s Bazaar, teknik berkenaan dipanggil oil pulling dan ia bagus untuk menyingkirkan bakteria jahat dalam mulut.