Minum Susu Ikhtiar Hamil, Ramai Doakan Janna Nick Timang Cahaya Mata… Tuan Badan: “At This Point Ikhtiar Je Apa Cara Sekalipun”
Harap Tahun Depan Bertiga
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna berkongsi rakaman video yang memaparkan dia merancang untuk membuat kandungan atau content hafal Surah Al-Mulk bersama Dini.
“Happy Birthday, @dinischatzmann! Masih lagi berdua tahun ni. Hopefully tahun depan kita bertiga.
“Thanks for bearing with me through all the chaos, I hope you enjoy a day off from pujuk/tolerating me!
Minum Susu Ikhtiar Hamil
Namun apa yang menjadi perhatian warganet adalah, ada segelintir yang perasan akan Janna yang sedang membancuh susu khas yang membantu pemulihan dalaman wanita untuk kehamilan serta penjagaan dalaman.
“Bagus minum susu efferty perisa coklat. Yang daripada doc tu. Saya ikhtiar tu la rezeki Allah nak bagi. InshaAllah aaminn nanti bertiga,” komen warganet.
Komen tersebut turut mendapat respons Janna yang memaklumkan dia kini berikhtiar saja dengan apa cara untuk hamil.
“Sama la. At this point ikhtiar je apa cara sekali pun,” balas Janna.
Peminat Doa Hamil
Dalam pada itu, pengikut turut mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan cahaya mata kelak.
“Asbab susu efferty jugk saya pregnant setelah ttc setahun lebih selepas dua kali gugur. Harap lepas ni Janna pula ya, Aaamin,” kongsi pengikut.
“Semoga Allah mengurniakan zuriat buat akak Janna and suami Insyaallah aminn,” komen pengikut lain.
“Moga ada rezeki zuriat hujung tahun ni uolls...tahun depan bertiga,” komen pengikut lagi.
Untuk info, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri pada 10 Jun 2023 di Langkawi dalam sebuah majlis tertutup.