Gaya Hidup

Minuman Ideal Diminum Ketika Cuaca Panas Terik

Ahmad Shah
05/04/2016
08:45 MYT
Sponsor Banner
Minuman Ideal  Diminum Ketika Cuaca Panas Terik
Beberapa bulan ini, negara kita mengalami musim panas yang luar biasa sehingga suhu mencecah 39 darjah celcius.
Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan strok haba yang akan melemahkan imunisasi badan dan membuatkan tekak anda sentiasa dahaga.
Jadi, untuk hilangkan rasa dahaga itu, apa kata cuba minuman ideal ini yang mampu menyegarkan tubuh anda.
Berikut adalah minuman yang ideal untuk diminum ketika suhu panas.
Air Kelapa
Manfaat air kelapa amat meluas yang mengandungi pelbagai jenis khasiat antaranya Vitamin A, Vitamin C dan Iron. Ia juga rendah lemak serta mampu mengurangkan nafsu makan bagi mereka yang amalkan diet seimbang. Disamping itu, air kelapa mampu mengawal dehidrasi dan mengantikan cairan dalam badan setelah penat bekerja terutama bagi mereka yang berkerja dalam sektor industri berat.
Air Barli
Serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus anda dapat berfungsi dengan sihat. Air barli adalah yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan
Lai Che Kang
Salah satu minuman yang perlu dicari dan diminum ketika cuaca panas. Terdapat pelbagai jenis ramuan yang dicampur aduk amat sesuai untuk menyejukkan badan anda. Antara ramuanya ialah barli, laici, kembang semangkuk dan biji selasih. Kembang semangkuk merupakan ramuan yang paling efektik dalam minuman ini. Ia mampu mengawal suhu demam, batuk kering dan merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari.
Air Cincau
Air ini mempunyai kandungan karbon hidrat yang tinggi serta kaya dengan mineral, vitamin A, B1 dan C yang amat diperlukan untuk badan bagi mengawal panas dalam. Selain mampu menyejukkan dan menyegarkan badan, kajian mendapati cincau juga boleh mencegah penyakit kanser seperti kanser darah, payudara serta kanser pangkal rahim.
Air mineral
Kebanyakan air yang disebutkan tadi mempunyai paras gula yang tersendiri dan terserah kepada anda untuk meminum berapa banyak gelas. Umum mengetahui air mineral adalah agen terbaik untuk menyejukkan badan anda ketika waktu panas. Ia mempunyai khasiat terbaik dan mengandungi Kalsium, Iron dan Magnesium yang diperlukan dalam badan untuk proses penghidratan. Jadi amalkan 6- 8 gelas sehari untuk segarkan tubuh anda yang longlai kerana cuaca panas.
Sumber: Wikipedia
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar