Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Minyak Pengasih Ibarat Kita Rampas Kewarasan Pasangan, Ini 3 Cara Yang Boleh Diamalkan Mengikut Lunas Islam!

Hanafis Haris 28/12/2020 | 13:29 MYT
Kecoh di media sosial berhubung penggunaan minyak pengasih yang dikatakan mampu menundukkan pasangan.

Tinjauan Gempak mendapati, orang ramai masih tertarik untuk membincangkan hal minyak pengasih biarpun ada yang menolak kewujudan barang tersebut mentah-mentah.

Namun hakikatnya, itulah kepercayaan segelintir masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Malah, minyak pengasih, azimat, pelindung diri, tangkal kebal, gelang tarik rezeki, batu sakti, tali pinggang anti santau dan pelbagai barangan mistik lain, ada yang boleh didapati menerusi platform jualan dalam talian atau e-dagang.

Menerusi laporan Harian Metro yang pernah dikeluarkan sebelum ini, pengamal perubatan Islam dan penceramah bebas, Ustaz Sharhan Shafie berkata, amalan menundukkan pasangan menggunakan azimat, jampi, doa mahupun makanan yang tercemar adalah haram.

“Kenapa perlu menundukkan pasangan dengan amalan tertentu sedangkan tindakan sedemikian menunjukkan kacacatan dalam rumah tangga?

“Apabila seseorang itu memilih cara salah untuk menundukkan pasangan demi meraih kasih sayang dan perhatian, biasanya tindakan mereka akan disertai pihak ketiga iaitu jin, syaitan dan sebagainya.

“Perbuatan ini haram kerana seolah-olah kita merampas kewarasan pasangan. Isteri atau suami menjadi bodoh gara-gara dikenakan sihir penunduk,” katanya.

Menurut Ustaz Sharhan lagi, terdapat beberapa kaedah dan cara yang boleh diamalkan suami isteri mengikut lunas Islam.

Jelasnya,beberapa ayat yang sekiranya diamalkan, berupaya mengekalkan kerukunan rumah tangga daripada digugat iblis.

Tambahnya, tidak perlulah bersusah payah menuntut ilmu penunduk semata-mata untuk menagih cinta daripada pasangan. Memadai sama-sama sedar akan kewajipan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

#Viral #Mistik #Syirik #Minyak Pengasih #Kurafat
;