Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Seronok lihat Nabila Huda jadi Mak Kundur
Menurut Mira, walaupun babaknya bersama Nabila tidak banyak namun kehadiran Nabila sebagai watak Mak Kundur cukup membuatkan set penggambaran ‘hidup’.
“Walaupun babak saya dengan dia tidak banyak dan cerita ini hanya empat episod sahaja tetapi berlakon dengan Nabila Huda sangat seronok.
“Sepanjang penggambaran ini, saya jumpa Nabila pun dalam tiga hari sahaja, jadi harapnya di masa akan datang saya dapat bekerja dengan dia dalam projek yang lebih lama dan watak kami bersama lebih banyak.
“Sejujurnya saya sangat enjoy dan Nabila di set penggambaran tu orang kata dia buat set tu jadi ‘hidup’.
“Semua orang gembira tengok gelagat dia, tambahan pula wataknya sebagai Mak Kundur, sangat kelakar dan memang seronok,” katanya ketika dihubungi Gempak.
“Sebenarnya saya sudah dapat tawaran Bawang Putih Bawang Merah ini sejak Julai 2023 kiranya sudah hampir setahun.
“Saya juga diberitahu cerita ini diarahkan oleh Yusry dan pihak produksi ingin menawarkan watak Mak Kundur pada Nabila.
“Jadi ini adalah dua faktor yang menyebabkan saya setuju untuk terima projek Bawang Putih Bawang Merah.
“Cerita sangat mesra kanak-kanak, kelakar, ringan dan mudah ditonton. Dari segi cabaran itu tiada tapi lebih kepada seronok.
“Saya pernah tengok Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesia dan juga animasi kartun Putih yang dialih suara oleh Erra Fazira,” ujarnya.
Selain Mira dan Nabila, drama ini juga turut dibintangi oleh Kamal Adli, Tracie Sinidol, Lisa Surihani, Amalina Arham , Shah Kimin serta Rahim Omar.
ARTIKEL BERKAITAN:Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah
ARTIKEL BERKAITAN:Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup La Satu, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga & Empat” - Kamal Adli
ARTIKEL BERKAITAN:Mira Filzah Nampak Potensi Anak Dalam Bidang Komersil, Pertimbang Jadi Duta – “Bergantung Kepada…”
SINOPSIS:
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih mengisahkan kehidupan Bawang Putih anak yatim yang tinggal bersama ibu tiri dan adik tiri.
Hidupnya terseksa dengan deraan dari mereka hingga menyebabkan dia melarikan diri. Terperangkap di dalam Hutan Larangan, Bawang Putih bertemu dengan Pari-Pari yang mahu menjodohkannya dengan seorang Putera rupawan.
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim itu bakal bersiaran mulai 21 Oktober 2024 setiap Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ceria.