Laman Utama
Mira Filzah Nampak Potensi Anak Dalam Bidang Komersil, Pertimbang Jadi Duta – “Bergantung Kepada…”
Pelakon dan pengacara Mira Filzah akui nampak potensi anaknya, Wan Khair Amir, 1, untuk terlibat dalam bidang komersil di masa akan datang.
Malah Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, memberitahu anaknya tidak kekok beraksi di hadapan kamera ketika menjalani penggambaran sebuah komersil bersamanya sebelum ini.
“Saya pernah libatkan Amir bersama ketika penggambaran komersil untuk produk Coway sebagai content bagi posting media sosial.
“Pada pemerhatian saya ketika itu dia suka kamera. Jadi, dia mudah untuk bekerja dengan kamera.
“Waktu itu Amir baru sahaja berusia enam bulan dan dari situ saya nampak dia sangat beri kerjasama. Ketika itu juga dia belum boleh berjalan lagi. So, okay Alhamdulillah kerana tak banyak bergerak,” katanya kepada Gempak.
Mira ditemui di acara Coway Brand Renewal Media Event 2023 yang berlangsung di The Space, Menara Ken TTDI, baru-baru ini.
Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal itu.
Apabila diatanya adakah dia bersedia untu melibatkan Amir lebih lagi dalam bidang komersil terutama ditawar menjadi duta sesebuah produk, Mira terbuka.
“Saya rasa boleh pertimbangkan mengenai penglibatan Amir dalam dunia komersil selepas ini.
“Bergantung kepada jenama itu sendiri, mungkin dari segi komitmen juga. Apa-apa komitmen pun kalau dia nak melibatkan Amir pun kena tengok juga.
“Perlu tengok penglibatan bagaimana nanti Amir nak photoshoot atau video shoot dan sebagainya. Asalkan ia tidak terlalu membebankan kerana dia masih kecil,” kongsinya lagi.
Mira Filzah dilantik menjadi duta jenama tempatan Coway Malaysia sejak tahun 2022.
Mengulas ringkas mengenai komitmen Mira sebagai duta Coway, pelakon itu akui gembira dan berbesar hati bersama dengan jenama itu sejak lebih dua tahun lalu.
“Saya suka bekerja dengan Coway iaitu sebuah jenama terbesar antarabangsa. Selain duta saya juga pengguna setia produk mereka terutama penapis udara, air purifier.
“Ia dah jadi satu keperluan yang mesti ada dalam rumah sebab lagi-lagi Mira ada anak kecilkan jadi ia menapis udara yang kotor dan tak sihat di luar sana. Terhindar dari penyakit,” ujarnya.
Sekadar info, Coway merupakan jenama yang mempunyai pelbagai rangkaian produk untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil jenama ini berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi mereka sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.