Hiburan
Misha Omar Dedah Bibir Anak ‘Kenan’ Gincu Merah Masa Hamil
Penyanyi Misha Omar dedah bibir anaknya, Muhammad Idris Ezzwa kelihatan sangat merah ketika baru dilahirkan.
Misha berseloroh bibir merah anaknya itu kemungkinan kerana dia suka memakai gincu merah ketika hamil.
“Tak perlu filter bila warna bibir dia masa tu sangat on point hahaha.
“Terima kasih kepada ibu saya yang aktif menyanyi sambil kendong saya ke sana ke sini pakai gincu merah je manjang 4 tahun yang lalu.
“Dia rasa dia lawo kot pakai listip terang2 gamaknya. So bibir merah tu maybe kenan sebab dia suka nau listip merah..wallahuallam..,” katanya.
Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya ketika dilahirkan.
Kemas kini itu dilakukan khas sempena ulang tahun kelahiran anaknya semalam.
“Nama saya Muhammad Idris Ezzwa,..Gambar ni masa umur saya sehari, sengaja saya kecilkan mata tu untuk nampak kacak.
“Harini (semalam) hari jadi saya yang ke 4 tahun. Since Ibu saya ramai kawan-kawan kat sini, makanya saya hijack phone dia nak mintakla doa dari kawan-kawan Ibu semoga saya membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang pintar, jadi manusia yang berguna, jadi lelaki yang baik..
“Ibu saya kata kekadang dia geram dengan saya sebab saya ni agak garang dan kurang sabar. Jadi doakan la supaya garang saya ni berkurangan atau pun boleh doa supaya ibu saya kekal sabar seperti sedia adanya,” katanya lagi.
Misha dan suami, Firroz Ezzwan Rossly mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa yang berusia 4 tahun, serta Muhammad Adam Emir, 14 dan Humaira Lateefa, 8 tahun.