Laman Utama

“Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

Gempak
22/11/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati
Balu kepada Allahyarham penyanyi nasyid Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi cerita tentang kemuliaan hati arwah suaminya ketika hidup bersama selama 16 tahun.
Ina menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok berkata, arwah suaminya itu tidak pernah berasa iri hati terhadap kehidupan orang lain dan sentiasa bersangka baik dengan orang di sekelilingnya.

BERITA TRENDING: Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Mawi Doakan Ina Naim Tabah - "Alhamdulillah Kalau Ramai Bercerita Kebaikan Kita"

“Dia tak pernah ada iri hati, cemburu tengok orang senang, tengok orang mewah, dia tetap dengan diri dia macam tu.
Diri dia macam tu dan dia selalu selalu bersangka baik,” kata Ina.
Dalam pada itu, Ina turut mendedahkan arwah Suhaimi gemar bersedekah tanpa mengira status seseorang.
“Orang susah ke orang senang ke, miskin, kaya, semua dia bantu, kalau dia nak tolong, dia tolong, kalau ada dia bagi.
“Ada duit RM100 kalau orang tanya boleh tak saya nak minta sedekah, anak saya nak makan ataupun nak beli pampers, ada RM100 dia bagi RM50, ada sesetengah tu dia bagi semua,” tambah Ina.
@ainibakori Sedihnya …perkongsian daripada Aisysmomcare?#kematianyangmenghidupkanjiwa?? ♬ original sound - Mama_Anishop
Untuk info, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada tahun 12 Ogos 2007 dan pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Sumber: TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar