Laman Utama
Miss K: Kecoh Cucu Kepada Penyanyi Bergelar Datuk Meraba Sepupu Sendiri… Apalah Nak Jadi?
Amboi, mentang-mentanglah dah hari Jumaat, lepas tu minggu ni pulak long weekend, bukan main happy ya masing-masing?
Dengar cerita, ada yang dah siap cuti sampai awal tahun depan! Sakan korang ya bercuti. Takpe, kan dan penat membanting tulang bekerja, why not healing cuti dan spend time dengan orang tercinta. Agitcheww!
Tapikan sebelum Miss K pun nak pack barang terbang ke negara orang, Miss K nak kongsi cerita yang baru je kawan Miss K sampaikan semalam.
Alah, berkenaan isu cucu kepada seorang penyanyi bergelar Datuk yang didakwa cabul sepupu sendiri!
Terkejut tau bila Miss K dengar. Yelah, nenek remaja lelaki tu popular, bukan di zamannya, tapi sampai sekarang. Hujung-hujung, terpalit dengan kes macam ni. Sampai naik mahkamah pula tu. Eh seram!
Sekarang ni, remaja tu mengaku tak bersalah dan dia telah pun diikat jamin. Khabarnya, 15 Februari tahun depan ditetapkan sebagai sebutan kes.
Miss K harap kes ni dapat diselesaikan dan tak menggangu neneknya. Maklumlah, netizen love sangat kuis-kuis, nanti orang pula yang jadi mangsa jentikan netizen. Gitu!
Miss K: Miss K dah beli tiket konsert Siti, support penyanyi nombor satu negara