Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Misteri Kemunculan Ratusan Bebola Tar Di Tepi Pantai

Awani 17/10/2024 | 13:55 MYT

Ratusan objek misteri berbentuk bebola hitam seperti tar terdampar di tepi pantai popular di Australia.

BERITA BERKAITAN : Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?

BERITA BERKAITAN : Aina Abdul - Kamu (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA BERKAITAN : Nadhir Nasar Kena ‘Try’ Di Set Dengan Pelakon Wanita? Kecik Reveal Yang… | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Gempar 1 Malaysia! 3 Tahun Koma, Ahli Keluarga Tuntut Pelaku Dihukum! | Motif Trending

“Ia muncul di Pantai Coogee, Sydney pada Selasa. Hasil pemerhatian awal mendapati ia mungkin terhasil daripada tumpahan minyak.

"Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum yang konsisten dengan bentuk objek itu,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker.
Kemunculan objek bebola itu turut menarik perhatian sekumpulan burung camar ke pantai berkenaan.
Difahamkan, operasi pembersihan telah dijalankan manakala kawasan pantai sekitar masih dipantau.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi Pantai Coogee atau menyentuh objek itu ketika kerja membersih dan siasatan lebih terperinci sedang dilakukan,” jelas Parker lagi.

SUMBER: AWANI

#Pantai #di #Kemunculan #bebola #ratusan
;