Laman Utama

Mizz Nina Umum Nikah, Bakal Adakan Resepsi Di Kuala Lumpur

Syafiqah Jalal
15/06/2023
14:18 MYT
Sponsor Banner
Mizz Nina Umum Nikah, Bakal Adakan Resepsi Di Kuala Lumpur
Tiada angin tiada rebut, bekas penyanyi Mizz Nina mengumumkan dia sudah bernikah dengan suami bernama Essam Muhammad baru-baru ini.
Mizz Nina bersyukur kerana perkahwinan mereka dipermudahkan dan mendapat restu dari ibu bapa masing-masing.
“Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua, dan itulah pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku kedua 2023, kepada suami tercinta Essam Muhammad. , dalam suasana peribadi bersama keluarga dan rakan rapat.
“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah. Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
“Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan. Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.
“Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan,” katanya.
BACA: Noh Salleh Selamat Bertunang Dengan Peguam
Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik foto bersama suaminya yang sedondon berbaju warna putih bersih.
Mizz Nina turut memaklumkan dia bakal mengadakan majlis resepsi tertutup di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
“Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di Kuala Lumpur insya-Allah.
“Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan mendoakan yang terbaik untuk semua,” ujarnya lagi.
Pada lalu Mei lalu bekas suaminya, Noh baru sahaja difahamkan mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan mereka direncanakan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan.
Terdahulu, Nina dan Noh mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat bernama Musa yang kini berusia dua tahun. https://gempak.com/berita-terkini/noh-salleh-selamat-bertunang-bakal-nikahi-peguam-september-depan-80863
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar