Laman Utama
MK K-Clique Suka 'Belanja' Gambar Badan Berotot, Peminat Perempuan Dah Tak Keruan - "Aku Rasa Diri Ini Macam Tengah Single"
Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique MK, 25, sekali lagi mencuri tumpuan wargamaya selepas sekali lagi menayang badan kepada umum.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik sekeping foto 'panas' yang menunjukkan badannya yang berotot.
"Apa yang anda bayangkan adalah apa yang anda harapkan," tulisnya dalam bahasa Inggeris sebagai kapsyen.
Disebabkan pelantun lagu Pulang 'belanja' gambar sado, di ruangan komen tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata peminat terutama dalam kalangan wanita jatuh cinta dengan badan MK sekarang.
Boleh dikatakan hampir separuh daripadanya memberi emoji api ( fire) dan hati berwarna merah ( love ).
"@irnaairyani_: Uishhh mantap!
"@afqhairel: Flex body saja sejak main gym ni.
"@aleysha_sofea: Abang MK dah sado.
"@janfytx: Makin sado bah.
"@wawaashukur: Nampak macam kurus tapi ketul-ketul juga eh badan dia.
"@areenabloom: @izxahrsl tiba aku rasa diri ini macam tengah single.
"@its.izzatii: Betul ke apa yang saya nampak ni? Tak tenang jiwa.
"@heartt_tony: Macam banyak kena tarik rambut ni persaingan. Minta-minta MK beri keutamaan kepada orang Sabah.
"@fhazsuhairil: Suka tayang badan dah sekarang," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 130,000 tanda suka (liked) dan 800 komen daripada pengikutnya.