Hiburan

"Modal Simpan Biasiswa...Tak Sampai Seribu" - Farah Lee Kenang Zaman Awal Mulakan Perniagaan

Asraf Aided
13/05/2020
10:16 MYT
Sponsor Banner
"Modal Simpan Biasiswa...Tak Sampai Seribu" - Farah Lee Kenang Zaman Awal Mulakan Perniagaan
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee mengenang zaman ketika dia memulakan perniagaan menjual tudung.
Menurut Farah, dia hanya berbekalkan modal kurang RM1000 yang disimpan dari biasiswa ketika melanjutkan pengajian di Korea.
"Ketika memulakan bisnes tudung pada hujung tahun 2012, modal simpan biasiswa JPA, tak sampai RM1000 pun. Sesungguhnya saya bukan business person. tapi tercetus idea nak jual bawal shawl bila orang selalu tanya saya beli dimana corak-corak seperti itu.
"Farah reka nak gayakan macam mana sebab di Korea mana ada kedai jual tudung. jadi dengan modal tadi saya beli beberapa helai tak sampai 50 helai pun.
"Saya mekap sikit, susun buku atas kerusi, pinjam DSLR kawan. letak atas susunan bukun tu, set timer dan lari ke dinding untuk posing," kongsi Farah di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Farah turut mengimbau zaman mula-mula mengikuti perkembangan perniagaannya di laman sosial.
. Ni pulak masa awal2 start business tudung, end of 2012. Modal simpan duit biasiswa JPA, tak sampai RM1,000 pun. Sesungguhnya Farah bukan business person. Tapi tercetus idea untuk jual bawalshawl ni bila orang duk tanya Farah beli mana bawal corak2 macam tu siap boleh lilit2. . Well being someone yang into fashion, bawalshawl yang Farah pakai tu actually cotton scarf yang orang Korea guna as muffle - Farah reka2 nak gayakan macam mana since masa kat Korea mana ada kedai jual tudung so pepandai ko la haha.. . So dengan modal tadi Farah beli beberapa helai, tak sampai 50pcs pun. Then makeup2 sikit, susun buku2 atas kerusi, pinjam dslr kawan, letak atas susunan buku tu, set timer, lari2 kat dinding bilik untuk posing. Then gambar2 tu edit sikit, upload kat Facebook - siapa nak order kena message kot, ke isi jotform - camtu lah lebih kurang tak ingat dah. So order tadi Farah pack siap2 ikut order ID, masukkan semua dalam kotak, pos ke Malaysia, then @lisa.romli tolong tulis address dan pack untuk dipos. . Before start tu takut tak laku. Tapi sambutan mashaAllah sold out kejap je. So dari situlah start berkembang my clothing business ni. Masa tu nama FARAHiskandar, lepas cerai kita terpaksa lah nyahkan nama Iskandar tu hahaha so rebrand kepada @ommaeabel on 2016. . After grad Feb 2013, balik Malaysia, order scarf direct dari China (sebab yang kat Korea dulu pun semua made in China ahha). Sepanjang Ramadan, order fuhhhh.. Sehari 100pcs parcel pos. Then dengan modal tu baru yakin untuk start design sendiri. . My very first own design (mid 2013) adalah studded skirt. So me ? Tapi rare la skirt tu. Masa tu baru tahu tak mudah nak design pakaian - nak ngamkan measurement, material yang sesuai, tailor yang faham, timeline etc. Sampailah sekarang berkat rezeki tu boleh bagi parents, pergi sambung study, pergi Haji, pergi travel - but since yang keluar lagi laju dari yang masuk, jadilah aku takde saving pun sekarang ? Obvious kan bukan orang business haha.. . Jadi silalah support business sis @ommaesabel tu. Sekarang ada SALE sehingga 50%. Moga adalah simpanan sikit nanti mana tau nak kawen ke kan.? ? . #FLstudies #ommabebel #FLinKOREA
A post shared by F. L. (@farahlee_) on
Difahamkan, perniagaan Farah yang diteruskan sejak pulang ke Malaysia pada tahun 2013 itu bertahan sehingga kini.
Terdahulu, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun rumah tangga mereka itu menemui titik noktah pada Ogos 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar