Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Model Ini Kecewa Ditangkap Sebab Tak Pakai Baju Ketika Jalan-Jalan Dengan Anjingnya

Izwan Isa 28/12/2023 | 13:55 MYT
Model kelahiran Brazil, Caroline Werner meluahkan rasa kecewa kerana ditangkap pihak berkuasa gara-gara membawa anjingnya berjalan di pantai dalam keadaan separuh bogel.
Caroline berkata, rasa kecewa itu timbul kerana dia tidak boleh melakukan apa yang kaum lelaki buat, meskipun negaranya cukup terkenal sebagai negara yang mengangkat kesamarataan jantina.
“Malangnya, di negara saya, walaupun perlembagaan menjamin kesaksamaan jantina, dalam realitinya, ini tidak berlaku.
“Saya tidak boleh mempunyai kebebasan yang sama dan saya rasa dipaksa oleh sistem ini dan ditindas oleh makna di sebalik undang-undangnya," katanya kepada media Brazil.
Pada Mei lalu, Caroline ditahan kerana berjalan-jalan dengan anjingnya di tempat awam tanpa mengenakan pakaian.
Setelah ditahan, Caroline mendakwa dia dibawa ke balai polis dan diberikan pakaian untuk menutup tubuhnya.
Caroline turut mendakwa pihak berkuasa menafikan haknya untuk menghubungi keluarga atau peguam.
“Apabila tiba di balai polis, mereka membawa saya ke lokap yang gelap, di mana saya diikat dengan gari pada jeriji besi dan tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan atau peguam,” katanya lagi.
Caroline yang merupakan model dan usahawan bikini itu berkata, dia sudah menjelajah ke seluruh dunia dan tidak pernah menghadapi masalah untuk tidak memakai baju. Dia terkejut dia ditahan di negara Amerika Selatan.
"Di banyak negara, ia adalah amalan biasa. Tubuh wanita tidak dijadikan objek dan dihiperseksualkan," katanya lagi.
Dalam artikel 233 Kanun Jenayah di Brazil, pertuduhan itu dianggap sebagai perbuatan lucah di tempat awam, sama ada terbuka atau terdedah kepada orang ramai. Caroline boleh berdepan antara tiga bulan dan setahun penjara jika sabit kesalahan.
Sumber: Wolipop
#Model #Brazil #Separuh Bogel
;